Bandar-bandar calon Pembidaan_Sukan_Olimpik_Musim_Panas_2024_dan_2028

BandarNegaraJawatankuasa Olimpik KebangsaanKeputusan
Los Angeles United StatesJawatankuasa Olimpik Amerika Syarikat (USOC)Sebulat Suara
Pada 26 April 2014, Jawatankuasa California Selatan untuk Sukan Olimpik mengumumkan cadangan bidaannya untuk Sukan Olimpik 2024.[20] Pada 28 Julai 2015, USOC menghubungi Los Angeles untuk mengenal pasti niatnya untuk menggantikan Boston yang telah menarik diri daripada pembidaan sebagai pembida AS.[21] Pada 1 September 2015, kesemua ahli Majlis Bandaraya LA mengundi untuk menyokong bidaan LA ke atas Sukan Olimpik Musim Panas 2024.[22] Jawatankuasa Olimpik A.S. juga meluluskan pembidaan LA selepas undian Majlis Bandaraya LA. [23]


Pada 16 Februari 2016, LA 2024 melancarkan logo baharu dan slogannya "Ikuti matahari." [24] Pada 23 Februari 2016, lebih daripada 88% penduduk LA menyokong bidaan LA ke atas Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024.[25]


Pada 2 Jun 2016, IOC mengesahkan bahawa Los Angeles akan melangkah ke peringkat kedua dalam proses pembidaan Sukan Musim Panas 2024. [26]

Pada 23 November 2016, Presiden Trump menyatakan sokongannya terhadap bidaan Los Angeles 2024 semasa melakukan panggilan telefon dengan Datuk Bandar LA, Eric Garcetti.[27] Pada 2 Disember 2016, LA 2024 mengeluarkan anggaran baharu yang mengatakan bahawa penganjuran temasya tersebut akan membelanjakan $5.3 bilion .[28]


Pada 9 Januari 2017, LA 2024 mengeluarkan laporan yang meramalkan bahawa temasya sukan mega tersebut akan meningkatkan ekonomi tempatan sebanyak $11.2 bilion.[29] Pada 25 Januari 2017, Majlis Bandaraya Los Angeles meluluskan secara sebulat suara agar bidaan tersebut dijalankan oleh pihak swasta.[30]


Berikutan keputusan untuk mengumumkan tuan rumah Sukan Olimpik 2024 dan 2028 secara serentak, Los Angeles mengumumkan bahawa mereka akan mempertimbangkan bidaan untuk Sukan 2028, jika syarat-syarat tertentu dipenuhi.[31] Pada 31 Julai 2017, IOC mengumumkan Los Angeles sebagai calon tunggal untuk pertandingan 2028, dengan dana tambahan $ 1.8 bilion untuk menyokong sukan tempatan dan penganjuran Sukan Olimpik tersebut. [32]

Paris PerancisJawatankuasa Olimpik dan Sukan Kebangsaan Perancis (CNOSF)Sebulat Suara
Paris secara rasminya mengumumkan niatnya untuk membida pada 23 Jun 2015. Tony Estanguet, pengayak kanu slalom Perancis yang memenangi tiga pingat emas Olimpik (2000, 2004 dan 2012), dan presiden bersama jawatankuasa bidaan Paris 2024, mengatakan bahawa tujuan tunggal mereka ialah menang, tidak kira apa-apa pun.[33] € 35 juta akan diperuntukkan untuk membina gelanggang sukan baharu di sekitar Paris untuk meningkatkan kualiti pembidaan Paris pada masa depan.[34][35]


Pada bulan Mac 2015, Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo menyatakan sokongannya terhadap bidaan Paris. Pada 13 April 2015, dewan bandaraya Paris meluluskan pembidaan tersebut. [36]


Pada 9 Februari 2016, Paris mengumumkan logo pembidaan mereka di Arc De Triomphe pada pukul 20:24 (waktu tempatan). Logo tersebut dipaparkan ke Arc De Triomphe dan di balai kota Marseille.[37] Semasa penyerahan fail permohonan ketiga dan terakhir, Menara Eiffel dihiasi dengan warna Olimpik. Persembahan cahaya ini diatur untuk memaparkan slogan bidaan Paris: "Dibuat untuk Berkongsi ".[38]


Pada Februari 2017, lebih dari 50 bandar raya mengumumkan sokongan mereka terhadap bidaan Paris 2024, termasuk bandar raya yang pernah menganjurkan Sukan Olimpik seperti Sydney, Athens, Mexico City, Barcelona dan Tokyo. [39]


Berikutan untuk mengumumkan tuan rumah Sukan Olimpik 2024 dan 2028 secara serentak, Paris dijangka menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik 2024. [40] Pada 31 Julai 2017, IOC mengumumkan Los Angeles sebagai calon tunggal untuk Sukan Olimpik 2028 dan Paris telah disahkan sebagai tuan rumah semasa Sesi IOC ke-131 pada 13 September 2017.[41]

Budapest HungaryJawatankuasa Olimpik Hungary (MOB)Menarik diri
Pada bulan Jun 2015, Jawatankuasa Olimpik Hungary (MOB) dan Majlis Bandaraya Budapest memutuskan untuk membida untuk Sukan Olimpik 2024. Pada bulan Julai 2015, Parlimen Hungary juga menyokong bidaan tersebut. Pada 28 Januari 2016, Majlis Bandaraya Budapest meluluskan senarai gelanggang tersebut bagi temasya tersebut.


Setelah mengunjungi Budapest pada bulan Disember 2015, Presiden IOC Thomas Bach menyatakan bahawa Budapest adalah "pesaing yang kuat" dalam proses pembidaan Sukan Olimpik Musim Panas 2024.[42] Kedudukan IOC baru-baru ini adalah untuk menggalakkan penggunaan lebih banyak kemudahan sedia ada dan sementara agar negara seperti Hungary, dan bandar-bandar seperti Budapest, juga dapat berpeluang untuk menganjurkan Sukan Olimpik.[43] Perdana Menteri Hungary, Viktor Orbán juga memberikan sokongan penuh terhadap bidaan Budapest. [44]


Pada Januari 2017, kempen "Nolympics 2024" telah dimulakan oleh Momentum Movement dan mendapat sokongan parti pembangkang termasuk LMP, Együtt, Párbeszéd, MSzP dan DK. Sebilangan besar parti pembangkang dan organisasi sivil mengkritik bidaan tersebut, menuduh kerajaan melakukan rasuah, dan mempersoalkan penggunaan wang dalam pembidaan Sukan Olimpik dan bukannya dalam mengembangkan perawatan, pendidikan dan pengangkutan di Budapest. Sebanyak 138,527 tandatangan penduduk Budapest perlu dikumpulkan pada 17 Februari 2017 untuk mencetuskan referendum.[45] Pada 17 Februari 2017, diumumkan bahawa 266,151 tandatangan telah dikumpulkan.[46] Pada 22 Februari 2017, Budapest menarik diri daripada proses pembidaan Sukan Olimpik Musim Panas 2024. [47]

Hamburg JermanPersatuan Sukan dan Olimpik Jerman (DOSB)Menarik diri
Pada bulan Oktober 2012, Thomas Bach, presiden DOSB ketika itu, menyatakan bahawa Hamburg akan membida untuk Sukan Olimpik 2024. Hamburg belum pernah menganjurkan Sukan Olimpik, oleh itu bandar tersebut menjadi pilihan utama berbanding dengan Berlin.[48] Pada 16 Mac 2015, DOSB mencadangkan Hamburg menjadi calon tuan rumah bagi negara Jerman.[49] Pada 21 Mac 2015, perhimpunan agung DOSB mengesahkan keputusan tersebut.


Untuk bidaan 2024, Hamburg menggunakan semula logo dan slogan bidaannya pada 2012. Kali terakhir negara Jerman (Barat) menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas adalah pada 1972 di Munich. Negara Jerman juga mempunyai pengalaman penganjuran acara sukan yang besar-besaran baru-baru ini dengan kejayaan menganjurkan Piala Dunia FIFA 1974 dan 2006, di mana Hamburg merupakan salah satu bandar penganjur. Pada 13 April 2015, diumumkan bahawa Kiel akan menganjurkan semua acara pelayaran Sukan Olimpik.[50]


Pada 29 November 2015, sebuah referendum telah diadakan di mana 51.6% penduduknya menentang pembidaan Hamburg.[51]

Rom ItaliJawatankuasa Olimpik Kebangsaan Itali (CONI)Menarik diri
Pada 15 Disember 2014, Perdana Menteri Itali Matteo Renzi mengesahkan bahawa Rom akan membida untuk Sukan Olimpik 2024.[52] Pada bulan yang sama, Paus Francis telah bertemu dengan ketua Jawatankuasa Olimpik Itali untuk membincangkan kemungkinan untuk Kota Vatikan mengadakan beberapa acara semasa temasya tersebut, iaitu memanah dan bola sepak.[53] Pada 10 Februari 2015, Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Itali (CONI) mengesahkan bahawa bekas Presiden Ferrari, Luca di Montezemolo, yang pernah mengetuai jawatankuasa penganjur Piala Dunia FIFA 1990 akan memimpin bidaan Rom. [54]


Pada 21 September 2016, Datuk Bandar Rom, Virginia Raggi mengatakan bahawa pembidaan tersebut akan dibatalkan. Parti Raggi, Gerakan Bintang Limatelah lama menentang pembidaan Rom atas alasan masalah kewangan yang sedang berlaku di Itali. Pada 11 Oktober 2016, tawaran itu ditangguhkan secara rasmi, tetapi tidak dibatalkan sekiranya ada pemimpin bandar masa depan yang ingin melancarkan semula pembidaan tersebut sebelum September 2017. [55][56]

Rujukan

WikiPedia: Pembidaan_Sukan_Olimpik_Musim_Panas_2024_dan_2028 http://www.abc.net.au/news/2014-08-14/melbourne-ur... http://www.abc.net.au/news/2017-08-01/paris-set-to... http://www.insidethegames.biz/articles/1026994/ioc... http://www.insidethegames.biz/articles/1030189/tor... http://www.insidethegames.biz/articles/1047403/exc... http://www.cbc.ca/sports/2.720/coc-authorizes-2024... http://www.tsr.ch/tsr/index.html?siteSect=200002&s... http://en.olympic.cn/news/olympic_news/2011-03-22/... http://abc7.com/sports/la-city-council-unanimously... http://aroundtherings.com/site/A__44770/Title__St....